Kemudahan كموداهن Batu_Pahat

Kemudahan Polis كموداهن ڤوليس

Bagi menjaga keselamatan penduduk bandar dan pekan, Batu Pahat mempunya sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah yang dibina di Jalan Suasa.Batu Pahat juga mempunyai 10 buah Balai Polis iaitu Balai Polis Sri Gading, Balai Polis Parit Raja, Balai Polis Ayer Hitam, Balai Polis Yong Peng, Balai Polis Sri Medan, Balai Polis Tongkang Pechah, Balai Polis Parit Sulong, Balai Polis Semerah, Balai Polis Senggarang dan Balai Polis Rengit.Terdapat beberapa buah pondok polis iaitu Pondok Polis Parit Yaani,Pondok Polis Minyak Beku dan Pondok Polis Kangkar Bharu

Kemudahan Bomba كموداهن بومبا

Batu Pahat mempunyai dua buah balai bomba iaitu yang baru terletak di Jalan Timah Sari manakala yang lama terletak di Jalan Mohd. Khalid.Dengan dua buah Balai bomba tersebut ia dapat memberi perkhidmatan kepada seluruh penduduk daerah Batu Pahat dan dilengkapi dengan 2'bay', bilik sedia dan pejabat pentadbiran.Terdapat juga balai bomba yang dibina di pekan Ayer Hitam, Yong Peng dan Rengit.

Kemudahan Pos كموداهن ڤوس

Bersesuaian dengan peranannya yang terletak di pusat bandar, sebuah pejabat pos dibina di Jalan Rahmat. Ia dibina pada tahun 1930 dan menyediakan perkhidmatan pos diseluruh daerah Batu Pahat. Terdapat beberapa cawangan Pos Malaysia di pekan Sri Gading, Parit Raja, Ayer Hitam, Yong Peng, Tongkang Pechah, Kg. Kenangan Dato Onn, Parit Sulong, Semerah, Senggarang dan Rengit. Di samping itu, terdapat sebuah mini pos di Parit Yaani.

Kemudahan Kesihatan كموداهن كصيحتن

Hospital Pantai Batu Pahat

Bagi kemudahan kesihatan, Batu Pahat mempunyai sebuah Hospital Daerah yang terletak Jalan Kolam Air yang dilengkapi dengan lebih 300 katil untuk kemudahan pesakit. Batu Pahat juga mempuyai klinik kesihatan yang dibina di bandar Batu Pahat, Kg. Kenangan Dato Onn, Sri Gading, Parit Raja, Ayer Hitam, Yong Peng, Parit Yaani, Sri Medan, Tongkang Pechah, Parit Sulong, Semerah, Senggarang dan Rengit.

  1. Hospital Sultanah Nora Ismail
  2. Hospital Pantai Batu Pahat
  3. Hospital Pakar Putra
  4. KPJ Mutiara Gading (sedang dibina)

Kemudahan Jabatan-Jabatan Kerajaan كموداهن جابتن٢  كراجأن

Kemudahan untuk berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan sememangnya diutamakan. Lantaran itu sebuah Bangunan Gunasama Persekutuan dibina di Jalan Suasa yang menempatkan 10 agensi-agensi kerajaan yang berlainan fungsi.

Jabatan-jabatan kerajaan tersebut ialah Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Tenaga Rakyat, Jabatan Perindustrian dan Perusahaan, Jabatan Pembangunan Koperasi, Jabatan Hal Ehwal Orang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Bim Penerangan, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Perpaduan, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan Pejabat Pembahagi Harta Pusaka. Dengan penyatuan jabatan-­jabatan di bawah satu bumbung ini, penduduk Batu Pahat tidak perlu lagi bersusah payah untuk berurusan dengan jabatan­-jabatan kerajaan yang ditempatkan di beberapa tempat seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, RISDA, Jabatan Kastam, Jabatan Kerja Raya, Mahkamah dan Majlis Perbandaran Batu Pahat. Tidak dilupakan juga kepada Pegawai Daerah dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat yang merupakan tulang belakang kepada pembangunan dan kemajuan daerah ini. Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail menempatkan dua jabatan kerajaan yang lain iaitu Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah.